Dukkha termasuklah penderitaan fizikal dan mental, kelahiran, keuzuran, penyakit, kematian, bersama
dengan sesuatu yang tidak disukai, berpisah dari sesuatu yang disukai dan tidak berjaya mendapat
sesuatu yang diinginkan. Dukkha juga wujud dalam masa riang gembira kerana kegembiraan itu tidak
abadi dan hilang apabila keadaan berubah. Oleh itu, dukkha merangkumi semua kewujudan tatkala
gembira ataupun sedih. Inilah hakikat dukkha yang mana semua manusia tertakluk kepadanya selagi
masih hidup.