Walau bagaimanapun, saya seorang yang bersikap realis bahawa melakukan transformasi secara menyeluruh mesti disertai dengan perubahan budaya dalam UMNO dan untuk mengubah sikap manusia dan system nilai dalam parti kita ini tentu sekali memakan masa tetapi, saya rasa bahawa pencapaian ataupun perjalanan ini sudahpun bermula dan ada sedikit sebanyak perubahan tapi kita perlu meneruskan lagi sebab untuk mentransformasikan UMNO adalah satu cabaran yang tentu sekali akan memakan masa