Pemimpin kita menggalas misi perdana untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh. Pemimpin-pemimpin mesti memperkukuh sistem pertahanan supaya keselamatan negara.terjamin. Program atau aktiviti “Cinta akan Negara” mesti dianjurkan untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Pemimpin Negara harus memperkukuh ekonomi Negara untuk mengelakkan daripada penjajahan ekonomi dan menjadikan Negara sabagai pengeluar atau pembuat dan bukannya sebagai negara pengguna. Sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia juga mesti diwujudkan.