Anda dinasihatkan agar membuat pembayaran sebelum penggunaan anda melebihi Had Kredit yang ditetapkan untuk memastikan anda terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Bagi memudahkan lagi pengurusan bil, anda boleh memilih kemudahan TM Autopay di https://www.tm.com.my/OnlineHelp/Services/Pages/Autopay.aspx. Sila abaikan pemberitahuan ini sekiranya pembayaran telah dibuat.
Sila maklum bahawa dengan pelaksanaan had kredit ini, pelanggan dinasihatkan agar masih mengambil perhatian terhadap tarikh akhir bil dan menjelaskan bil tepat pada masanya bagi mengelakkan penggantungan perkhidmatan berikutan kegagalan membuat pembayaran.