Hal ini selaras dengan pendapat seorang profesor dalam bidang sosiologi dari Universiti Oxford yang mengatakan bahawa didikan ibu bapa yang sempurna mampu melahirkan generasi pada masa akan datang yang boleh menggoncang dunia. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz, ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak, manakala rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak. (Ayat Bagaimana) Oleh itu, ibu bapa perlu menyampaikan ilmu yang bermanfaat melalui tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seyogianya mempertontonkan tingkah laku yang positif sejak anak-anak masih kecil, di mana-mana sahaja tanpa mengira sama ada di rumah atau di luar rumah. (Ayat Contoh) Biar kita mengambil contoh berikut, ibu bapa perlulah mempunyai hubungan silaturahim yang baik dengan jiran-jiran sekeliling, saudara-mara dan menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan anak-anak mereka. (Ayat Kesan) Impak daripada situasi tersebut, anak-anak akan dicorakkan dengan nilai-nilai kemasyarakatan yang baik seperti nilai berhemah tinggi, kasih sayang, toleransi dan sebagainya.