Sejurus kemudian, budak itu menendang, menumbuk, dan mencalar diriku. Habis
kulitku diconteng dengan kata-kata kesat yang menjijikkan. Hatiku hampa dan remuk
kerana perbuatan budak itu dan hempasan gagang ke badanku telah melenyapkan bunyi
deringanku. Kini, aku sepi dan tidak mampu berkata-kata lagi.