Rebana ialah sejenis alat musik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.
Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan komunikasi jarak jauh. Kini, rebana ubi hanya digunakan dalam upacara istiadat atau persembahan tertentu