Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang lama. Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah. Ada yang bertahanhanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat persekolahan dan berterusan.Inilah yang dinamakan kawan baik atau kawan karib. Walaupun kawan karib biasanya sebaya,terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari luar alam persekolahan. Kawan karib boleh juga terdiri dari ahli keluarga seperti adik beradik dan datuk atau nenek. Ibu bapa anda juga boleh dijadikan kawan karib.