jenayah wajar dilaksanakan. Pihak sekolah boleh menjemput bekas-bekas penjenayah datang ke sekolah untuk memberi ceramah. Hal ini merupakan langkah yang paling berkesan kerana bekas-bekas penjenayah dapat menyampaikan pengalaman dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka kepada para pelajar di sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar di sekolah akan mendapat kesedaran malah menanam azam yang tinggi supaya meninggalkan kegiatan gengsterisme. Jelasnya, kempen cegah jenayah wajar dijalankan untuk membendung masalah gengsterisme.