saya mengambil kursus di dalam bidang penilaian harta tanah dan pengurusan harta. semua kursus yang saya ambil adalah berkaitan dengan harta tanah seperti bangunan kediaman landed, tanah kosong, bangunan strata (apartment, shopping komplek, rumah flat, pejabat bertingkat dan lain-lain), harta tanah khas, harta tanah kerajaan persekutuan, harta tanah kerajaan negeri dan keseluruhan pelbagai jenis harta tanah yang termaktub di dalam akta-akta tanah negara dan negeri. segala sebab perkara yang mempengaruhi pemilihan kursus adalah persediaan untuk menjadi pegawai penilaian harta tanah yang bertauliah dan berpengalaman. untuk situasi sekarang isu harta tanah adalah agak komplek dan memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang luas untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan kes yang timbul berkaitan harta tanah. proses pembelajaran yang diterapkan bagi setiap kursus yang saya ambil adalah berdasarakan akta-akta yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan dan negeri. teori dan praktikal. untuk pembelajaran yang berkaitan penilaian harta tanah kita memerlukan pendedahan praktikal yang lebih meluas dan terbuka. dengan praktikal kita lebih memahami keadaan semasa nilai dan isu mengenai harta tanah yang kita hendak nilai. selain itu, kejayaan kursus yang disertai juga dinilai melalui kerja kursus yang diberikan. kerja kursus adalah amat penting untuk menilai kefahaman dan kepintaran kita untuk menyelesaikan sesuatu nilaian berdasarkan nilai-nilai semasa hartanah. bidang penilaian harta tanah adalah suatu yang seni. setiap orang di dalam bidang nilaian harta tanh mempunyai penilaian yang berbeza berdasarkan bukti-bukti yang mereka perolehi melalui kajian dan bukti semasa.