Namun usaha kerajaan memperkenalkan Dasar Sekuriti Makanan Negara pada 2008 telah berjaya mengatasi masalah tersebut melalui peningkatan produktiviti pertanian, khususnya padi, bekalan bahan makanan yang cukup dan selamat kepada pengguna dan memastikan pengeluar terdiri daripada petani, penternak dan nelayan memperoleh pendapatan yang mencukupi. Oleh itu, jelas sekali bahawa cuaca yang tidak tentu atau tidak sesuai akan menjejaskan keselamatan makanan dan menyebabkan berlakunya krisis makanan.