Dukkha termasuklah penderitaan fizikal dan mental, kelahiran, keuzuran, penyakit, kematian, bersama dengan sesuatu yang tidak disukai, berpisah dari sesuatu yang disukai dan tidak berjaya mendapat sesuatu yang diinginkan. Dukkha juga wujud dalam masa riang gembira kerana kegembiraan itu tidak abadi dan hilang apabila keadaan berubah. Oleh itu, dukkha merangkumi semua kewujudan tatkala gembira ataupun sedih. Inilah hakikat dukkha yang mana semua manusia tertakluk kepadanya selagi masih hidup.