Sebagai pengguna yang melaksanakan tanggungjawab dan prihatin berkenaan isu “naik harga” atau “harga naik” sepatutnya kita ada hak untuk melaporkan sebarang keraguan yang tidak munasabah ke atas sesuatu harga produk atau perkhidmatan kepada pihak berwajib.
Sekiranya tiada sebarang aduan atau masalah dikemukakan, ini akan menyebabkan para peniaga semakin berani melakukan penipuan dan penyelewengan harga secara terang-terangan.
Sebagai pengguna juga kita perlu sentiasa mengikut beberapa langkah yang dicadangkan antaranya; Setiap pengguna perlu mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang secukupnya berkenaan barangan dan perkhidmatan yang akan dibeli atau digunakan. Kedua, pengguna perlu membuat aduan terhadap peniaga-peniaga yang didapati menipu dan menindas. Ketiga, para pengguna patut memilih premis perniagaan yang dipercayai amanah dan jujur.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/fahami-hak-pengguna-peniaga-1.65226#sthash.N7c8ZQjC.dpuf