Datuk Bandar telah dipertanggungjawabkan di bawah Akta(Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 [Akta 267] (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Akta 267”) untuk mengatur, mengawal dan merancang pembangunan semua tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bagi maksud tersebut Datuk Bandar diperuntukkan dengan kuasa untuk memberi kebenaran perancangan dengan mengeluarkan Perintah Pembangunan tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar berkenaan dengan sesuatu pembangunan itu.