Panduan/Tip menjawab soalan esei
Soalan Bahagian B yang mengandungi 7 soalan (1 soalan 20 markah) dan wajib jawab 3 soalan sahaja.
3 soalan x 20 markah = 60 markah
Soalan 5, 6 dan 7 dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)
Soalan 8, 9, 10 dan 11 dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik)
1. Gunakan 4 tip menjawab soalan struktur (rujuk bahagian atas)
2. Tulis jawapan/fakta penting pada kertas soalan (ruangan kosong ditepi soalan) supaya tiada isi yang tertinggal semasa menulis esei.
3. Jawab soalan mudah terlebih dahulu dan diikuti dengan soalan yang sukar. Pastikan anda menjawab mengikut masa yang dicadangkan.
4. Teknik menjawab 1 soalan 1 helai kertas jawapan.
5. Gunakan bahasa Melayu moden dan elakkan menggunakan kata singkatan, ayat SMS dll.
6. Tulisan hendaklah kemas (tidak terlalu kecil) dan boleh dibaca.