Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sehabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.