peristiwa makanan peribadi yang bermakna bagi saya ialah semasa kenduri perkahwinan saya yang diadakan di rumah ibu bapa saya. persiapan yang dilakukan sebelum kenduri sungguh meriah dan dengan bajet yang sederhana. makanan yang ditempah adalah secara catering oleh ibu saudara saya. makanan yang disediakan untuk tetamu adalah nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, acar timun, samba belacan manakala menu sampingan adalah laksa, air batu campur, bubur dan lain lain lagi. peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah apabila semasa makan berhidang apabila suami menyuapkan makanan ke mulut saya dan saya menyuapkan makanan ke mulut suami. makanan adalah sama seperti tetamu cuma dihidangkan dan dihias dengan begitu cantik sekali.terasa sangat romantik dan bahagia ketika itu. selepas selesai kenduri adalah saat memenatkan untuk mengemas. walaupun tidak semewah orang lain ia adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.