Faedah yang paling dominan ialah sektor pertanian dapat memperluas peluang pekerjaan. Sesetengah masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.Masalah ini dapat diatasi sekiranya mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian kerana terdapat bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat,teknologi, dan juga penyelidikan. Jadi, sektor pertanian ini secara langsung dapatmenambahkan lagi peluang pekerjaan masyarakat.