Jentera-jentera kita telah pun diberi kursus, diberi panduan dan telahpun dibuat perjumpaan dan hampir semua negeri lancarkan jentera pilihan raya tapi sebab kita ini merupakan parti yang besar, 3.3 juta ahli kita semua sekali, oleh itu kita mesti meletakkan dalam fikiran dan juga mindset anggota-anggota parti kita ini supaya menumpu kepada sebarang usaha yang boleh dilakukan setiap daripada kita, tidak semestinya kita ini merupakan seorang pemimpin besar, atau pemimpin di peringkat bahagian tapi kita sebagai ahli biasa, sekurang-kurangnya nilai undi kita, sebab ada kalanya ada juga ahli UMNO yang tidak mengundi waktu pilihan raya, jadi kita mesti pastikan bahawa setiap daripada 3.3 juta ahli UMNO ada peranan masing-masing.