Peribahasa ini sinonim dengan peribahasa “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Contohnya, jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya.
Begitu juga halnya jika seseorang murid itu gagal dalam peperiksaan. Dia mesti berusaha dengan lebih gigih dan tabah. Kegigihan dan ketabahan usahanya itulah yang akan menjanjikan kejayaan buat dirinya.
Sebenarnya, kepayahan dan kegagalan masa lalu dapat dijadikan penggerak untuk meneroka puncak kejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa. Usaha dan ikhtiar yang maksimum tentunya merealitikan fantasi.
Sehubungan dengan itu, seseorang yang benar-benar mahu menebus sesuatu kegagalan, akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Jika dia tidak bersemangat maka berbagai-bagai alasan akan diberikan.
Kesimpulannya, peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” mampu mengingatkan kita bahawa sesuatu pekerjaan yang sukar akan berhasil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh