Gerakan Asun seperti pemberontakan orang Iban yang lain tidak ditunjangi dengan kesedaran untuk menggulingkan kerajaan Brooke. Tumpuan gerakan lebih bersifat tempatan, perseorangan dan kebumiputeraan. Satu sudut pandangan berbeza diberikan oleh Ranee of Sarawak yang menganggap gerakan Asun paling agresif dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya.Tetapi dalam melayan penentangan orang Iban, kerajaan Brooke menanganinya seperti budak sekolah yang nakal dan bukan sebagai musuh politik yang serius.