Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya
Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Keahliannya terdiri daripada lord
Reid dari Britain, Sir Ivor Jennings juga dari Britain, Sir William Mckell dari Australia B. Malik dari India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat). Menyentuh mengenai keahlian Suruhanjaya ini, Perikatan bersetuju dengan anggota-anggota Suruhanjaya yang akan dipilih oleh British sendiri tanpa melibatkan rakyat tanah Melayu bagi menentukan dan bertanggungjawab merangka perlembagaan. Hal ini disebabkan perundingan yang dijalankan di London dianggotai oleh pegawai-pegawai British yang ramai, iaitu 35 orang berbanding dengan wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang.