Tumpuan yang Betul merupakan proses melatih fikiran melalui meditasi. Meditasi dalam konteks ini bererti melatih fikiran menumpu kepada sesuatu objek. Objek itu boleh merupakan satu benda yang wujud seperti bunga atau konsep seperti kasih sayang (metta). Latihan meditasi membantu seseorang memperolehi fikiran yang tenteram dan tertumpu.
Meditasi boleh dipraktikkan dalam dua bentuk atau sistem:
Tumpuan minda atau samadhi
Celik akal (insight) atau vipassana
(i) Samadhi berfungsi mententeramkan minda. Ini bererti penyatuan minda (one-pointedness) yang boleh dicapai dengan memfokuskan minda pada satu-satu objek.
Ketenteraman atau ketenangan minda bukan satu kelemahan. Sikap ketenteraman pada setiap masa menunjukkan seseorang itu berkebudayaan. Tidaklah susah bagi seseorang untuk bertenang pada masa biasa, tetapi adalah susah dikekalkan apabila sesuatu masalah timbul.
(ii) Vipassana bererti melihat melebihi cara biasa. Ini bukan ‘melihat’ secara permukaan ataupun melihat dari segi bentuk luaran tetapi melihat sifat sebenar sesuatu fenomena. Di sini kita dapat perhatikan tiga ciri-ciri kewujudan semua fenomena.
Dalam tumpuan yang Betul, kesemua faktor dalam kumpulan samadhi iaitu Usaha yang Betul, Kesedaran yang Betul dan Tumpuan yang Betul sama-sama berfungsi dan menyokong satu sama lain.
Tumpuan yang betul memerlukan proses melatih fikiran kita melalui meditasi yang dapat mendisiplinkan minda seseorang agar sentiasa tenteram dan tertumpu . Dengan mempraktik meditasi , kita boleh mendalami diri kita ; emosi , pemikiran , dan perasaan kita . melalui meditasi , minda kita dapat mencapai tahap ketenangan . Keadaaan ini dapat diumpamakan dengan bunga teratai yang mampu berkembang mekar melapasi lumpur di sekelilingnya . Apabila minda kita tenang , kita bukan sahaja dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas , kita juga mampu mengawal diri kita daripada pengaruh negatif di sekeliling kita . Keseimbangan antara ketiga-tiga aspek itu adalah penting untuk mencapai Pencerahan . Contohnya , jika seseorang hanya mengutamakan kebijaksanaan dan konsentrasi tetapi mengabaikan moraliti , dia mungkin menjadi tamak atau menggunakan kuasanya untuk menindas orang lain ( Schmidt , 2005) .