Tambahan pula, aktiviti melancong dalam negara mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan kekeluarga. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa ahli keluarga dalam bilangan yang lebih besar, terutamanya anak-anak. Pada kesempatan ini, sambil berseronok mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan pilihan, ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak dan sekali gus akan memperkukuh ikatan kekeluargaan ibarat sambil menyelam minum air. Ringkasnya, ketika musim cuti sekolah, ibu bapa ambillah peluang yang ada untuk membawa anak-anak melancong untuk menyuburkan ikatan ukhuwah antara ahli keluarga kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.