Perlakuan ini disedari oleh emaknya. Sejak Kamarul pulang daripada berjoging tadi, Mak Jah mendapati dia diam sahaja dan wajahnya tidak berseti seperti lazimnya. Segelas susu di atas meja yang disediakannya tadi tidak disentuhnya. ‘Apakah dia sakit? Atau bergaduh dengan Saridah? ’Fikiran Mak Jah bergalau dengan pertanyaan -pertanyaan itu.