Sudah puas Mak Lijah menasihati anak angkatnya, Tahir supaya tidak bercampur dengan budak-budak nakal. Namun begitu, semua nasihat mak Lijah tidak dipedulikan oleh Tahir. Tahir tahu Mak Lijah dan suaminya telah memeliharanya sejak berumur empat tahun, iaitu sejak ibu bapanya mati dalam kemalangan jalan raya. Tahir tidak pernah mengenang jasa Mak Lijah. Pada suatu malam, Tahir terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berlumba haram. Kedua-dua kakinya patah. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat Mak Lijah. Tetapi, penyesalannya sudah terlambat.