Sudah lima buah kedai kain yang dimasuki oleh Zarina, tetapi belum ada kain yang dibelinya, Dia tidak dapat memilih mana satu baju yang hendak dibeli kerana semuanya kelihatan cantik di matanya. Akhirnya, suaminya, Roslan, yang sejak tadi mengekori Zarina berasa marah kerana isterinya belum membeli sehelai kain pun setelah hampir dua jam dia keluar masuk kedai kain. Apabila melihat suaminya marah, Zarina terus membatalkan niatnya untuk membeli kain.