Isi kandungan spesifik
7. (1) Bagi sesetengah peranti perubatan, isi kandungan spesifik yang berikut
hendaklah dimasukkan dalam pelabelan:
(a) pengenalani bagi peranti perubatan yang dibuat khas atau peranti
perubatan akses khas, dan satu pernyataan bahawa peranti perubatan itu
hanya digunakan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan untuk
pesakit di bawah jagaannya;
(b) penyimpanan dan/atau pengendalian khusus;
(c) penentusahan bahawa suatu peranti perubatan itu telah dipasang dengan
baik dan boleh beroperasi dengan betul dan selamat, serta kaedah dan
frekuensi penyenggaraan pencegahan dan biasa, penggantian komponen
pakai buang, dan kalibrasi yang diperlukan untuk memastikan operasi
suatu peranti perubatan yang selamat dan optimum;
(d) perawatan atau pengendalian lanjutan, seperti pensterilan, kalibrasi, dsb.,
yang diperlukan sebelum suatu peranti perubatan boleh digunakan;
(e) pengenalan bagi peranti perubatan yang disteril, indikasi kesterilannya
dan langkah berjaga-jaga dan arahan jika pembungkus steril didapati
rosak, dan jika sesuai, perihalan tentang kaedah pensterilan semula;
(f) kehendak-kehendak bagi pensterilan suatu peranti perubatan sebelum ia
digunakan dan arahan bagi proses pencucian dan pensterilan;
(g) pengenalan bagi peranti perubatan sekali-guna;
(h) pengenalan bagi peranti perubatan guna semula, maklumat dan arahan
bagi pencucian, pembasmian kuman, pembungkusan dan, jika sesuai,
kaedah pensterilan semula, dan apa-apa sekatan bagi kekerapan diguna
semula;