Kesimpulan
Penderaan haiwan adalah satu trend membimbangkan yang berlaku dalam masyarakat kontemporari ini. Kita perlu segera selesaikan masalah ini supaya haiwan tidak akan disalahgunakan kerana haiwan tidak boleh mempertahankan dan bercakap untuk diri mereka sendiri. Selain itu, dengan kajian yang bakal dijalankan ini, kami dapat membuktikan bahawa terdapat orang-orang dalam masyarakat hari ini tidak menganggap bahawa kes penderaan haiwan ini adalah kes yang ringan tetapi ada juga golongan minority yang sebenarnya mendapati bahawa kes itu adalah baik-baik saja. Kesimpulannya, kumpulan kami mencadangkan bahawa kita semua harus memainkan peranan kita untuk menunjukkan kepada golongan minority ini mengapa ia adalah salah dari segi moral. Jika kita melakukan bahagian kita untuk membantu haiwan-haiwan yang didera ini, kita akan berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai.