Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik orang. Dia meminta Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman dapat mengesan Farisha telah dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai segera keluar dari hentian Pagor dan menuju ke arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya menangkap Farisha. Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di makmal, Marilyn melelapkan mata dan berinteraksi dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama Rusmina dan merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah derhaka kepada Karl sehingga dipukul sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia. Fikaran Shida bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati bahawa Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama ada ujii kaji sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan kereta yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon, Azraai menyangka bahawa Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap oleh dua orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan Medina. Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina. Medina sungguh bijak dan sentiasa hendak membuktikan dia lebih hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa dia gagal cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar baru mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini. Atas dasar kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk memadamkan ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut lagi. Alia pun diberi masa 10 minit untuk berinteraksi dengan Shida tanpa diawasi oleh mereka.
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira berjumpa dengan Farisha. Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang sebab Marilyn hendak membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan keterangan kepada Farisha untuk mendapat kepercayaan anak gadisnya.