(a) penilaian kefungsian biologi dan perubatan serta prestasi peranti perubatan;
(b) penilaian peranti perubatan yang mengandungi tisu haiwan;
(c) penilaian peranti perubatan yang mengandungi terbitan darah manusia, dan mempunyai pengetahuan tentang biologi dan kefungsian perubatan dan prestasi, termasuk pengetahuan terkini tentang agen jangkitan bawaan darah yang berkaitan dan epidemiologinya;
(d) penilaian kebioserasian dan data klinikal yang digunakan oleh pembuat untuk menunjukkan kepatuhan dengan prinsip-prinsip keselamatan dan prestasi yang perlu;
(e) penilaian keselamatan elektrik peranti perubatan;
(f) penilaian perisian yang digunakan dalam peranti perubatan;
(g) penilaian ciri-ciri prestasi peranti perubatan diagnostik in-vitro;
(h) penilaian kerumitan dan kepelbagaian sistem pengujian biologi;
(i) pembangunan dan penggunaan kaedah standard dalam penilaian diagnostik in-vitro dan peranti perubatan untuk diagnosis-sendiri;